PanduLaju: Article on Bubble Windscreen
PEMANAS CERMIN
Semua kereta baharu dilengkapi ciri pemanas cermin belakang untuk membantu menghilangkan kabus ketika hujan atau cuaca sejuk.
Kabus biasanya terbentuk pada cermin belakang awal pagi, berlaku perbezaan suhu antara dalam dan luar kabin. Penggunaan pemanas cermin bertujuan mengatasi masalah berkenaan selain menambah baik penglihatan ketika memandu.
Namun, jika fungsi pemanas cermin dibiarkan terbuka dalam tempoh masa lama, atau terlupa dimatikan, ia boleh menyebabkan tinted cermin belakang rosak.
Ramai pemandu tidak sedar butang pemanas cermin tidak ditutup semula walaupun cuaca panas terik di luar. Kecuaian itu boleh memendekkan jangka hayat dan merosakkan tinted.